Sometimes.. something.. at all times

Friends

Oct 4, 2013

Buat Suamiku

Tolong Sampaikan kepada Bakal Imamku..
Tolong Beritahu si dia,cinta manusia bakal
 membuatnya Alpa..

Tolong nasihati si dia,jangan menyintaiku lebih..
dari dia menyintai yang Maha Esa,
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih..
dari dia mengingati yang Maha Kuasa,
Tolong nasihati si dia,jangan mendoakanku lebih..
dari dia mendoakan kedua ibu bapanya.

Tolong katakan pada si dia. dahulukan Allah kerana
di situ ada syurga...

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapa kerana
di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia.. tanggungjawap besar kepada keluarganya..


Tolong sabarkan si dia, usaha ucap cinta dikala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
tolong pesan padanya, aku membiar Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong pada diriku...

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi mana dia menjaga hubungan dengan yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan pada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..




Disediakan oleh : Ilham sufi

Sep 30, 2013

NAZAR



Pengenalan
Makna nazar sudut bahasa ialah berjanji dengan kebajikan atau kejahatan.
Makna nazar sudut syarak pula ialah melazimkan berbuat kebajikan pada perkara yang tidak lazim.

Dalil


 http://almalakawi.files.wordpress.com/2009/11/dalil-nazar.jpg
“Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu”.

Rukun Nazar
1. Orang yang bernazar.
2. Pekara yang dinazarkan.
3. Ucapan yang diguna untuk bernazar.

Syarat orang yang bernazar
1. Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.
2. pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.
3. Lulus memerentah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerantah harta dengan sabab muflis/bengkrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta adapun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.
4. Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke Mekah dengan sebab jauh atu sempit waktu.

Syarat Ucapan yang diguna untuk bernazar
*Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafas yang memberi tahu melazimka (mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar “bagi Allah wajib atas ku puasa”. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.
*Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka syaratnya mesti berlafas.

Syarat perkara yang dinazarkan
*Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.
*Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti sembahyang fardu.
*Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu, minum arak dan lainnya.
*Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nfkah keluarga.
*Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, brdiri atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.
*Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yanh harus.

Bahagian nazar
Nazar terbahagi dua:

Pertama. Nazar lajaj dan gadab (لجاج وغضب). Makna lajaj ialah berpanjangan pada berkelahi atau bebalah,  dan  makna gadab marah. Nazar ini makruh.
*Cara nazar ini ialah:

A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia melakukan perkara yang telah dia tegah atas dirinya atau orang lain daripada memperbuatnya, seperti katanya “jika aku bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa”, atau jika si Ahmad bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku berpuasa.
B. atau dia bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan apabila dia tidak melakukan apa yang telah dia tetapkan diatas dirinya atau oranglain, seperti katanya “jika aku tidak bercakap dengan si polan nescaya wajib atas ku puasa, sila kias yang lain
C. atau dia bernazar mewajibkan berbuat kebajikan jika apa yang diceritakan tidak benar, seperti katanya jika aku tak boleh angkat batu ini nescaya waji atas ku berpuasa. Nazar ini (C) untuk menguatkan berita yang dibawa.
*Wajib orang yang bernazar lajat dan gadab memilih antara melakukan apa yang dia wajibkan atas dirinya seperti puasa pada contoh di atas, atau dia membayar kafarah sumpah iaitu diberi pilih antara memerdekdkan hamba yang mukmin yang tidak ada aib yang menyebab kan tidak boleh berkerja dengan baik, atau memberi makanan kepada sepuluh orang fakir atau miskin setiap orang satu cupak dengan makanan yang mengenyangkan di negerinya atau memberi pakayan dengan mana mana pakayan seperti baju kemeja, kain sarung, baju kurung, atau sapu tangan.

Kedua. Nazar tabarrur  (تبرر)  ) maknanya kebajikan. Nazar ini sunat kerana (للوسائل حكم المقاصد) bagi wasilah (nazar) mengikut hukum perkara yang dikasadkan (ibadat)
*Cara nazar ini ialah:
A. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan ketiadan taklik (pergantungan), seperti berkata seorang yang telah sembuh dari penyakitnya “wajib atas ku berpuasa kerana Allah telah memberi nikmat kepada ku iaitu Dia sembuhkan penyakit ku”, atau “wajib atas ku menyembelih kambing qurban”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan itu dengan segera dan tidak ada pilihan yang lain.
B. seorang itu bernazar mewajibkan dirinya berbuat kebajikan dengan taklik iaitu mengantungkan berbuat kebajikan dengan dapat nikmat atau hilangnya bencana seperti katanya “jika sembuh aku dari penyakit ini wajib atas ku puasa”. Maka wajib orang itu melakukan apa yang dinazarkan apabila didapati sifat yang digantungkan seperti puasa pada contoh dan tiada baginya pilihan yang lain.


1. Perintah Menunaikan Nazar
Abbas Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Sa`ad bin Ubadah meminta fatwa kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. tentang nazar yang pernah dinazarkan ibunya namun ia wafat sebelum menunaikannya. Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Tunaikanlah nazar itu untuknya. (Shahih Muslim No.3092)

2.Larangan Bernazar
Hadis riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Suatu hari Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. melarang kami bernazar, beliau bersabda: Sesungguhnya nazar itu tidak dapat menangkal sesuatu apa pun tetapi hanya untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang kikir. (Shahih Muslim No.3093)
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu: Bahwa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda: Janganlah kalian bernazar, karena nazar itu tidak dapat menolak takdir sedikit pun juga, ia hanyalah untuk mengeluarkan sesuatu dari orang yang kikir. (Shahih Muslim No.3096)

3. Bernazar Berjalan Kaki ke Kaa'bah
Hadis riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu: Bahwa Nabi Shallallahu alaihi wassalam. melihat seorang yang telah lanjut usia dipapah kedua anaknya. Maka beliau bertanya: Kenapa orang tua ini? Mereka menjawab: Ia bernazar untuk berjalan kaki. Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah tidak membutuhkan penyiksaan orang tua ini terhadap dirinya sendiri. Dan beliau memerintahkannya untuk berkendaraan. (Shahih Muslim No.3100)

Hadis riwayat Uqbah bin Amir Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Saudara perempuanku bernazar akan berjalan kaki menuju Baitullah tanpa alas kaki. Lalu ia menyuruhku untuk menanyakan kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam., maka aku pun menanyakannya. Beliau bersabda: Berjalan kakilah ia dan naiklah kendaraan. (Shahih Muslim No.3102)

kesimpulan: elakkan bernazar. sekiranya kamu mendapatkan sesuatu yang dihajati, bersyukurlah. sekiranya tidak, bersabarlah dan tetaplah di dalam syukur dengan menggandakan amalan serta ketaatan.  secara peribadi, saya melihat orang yang bernazar ini adalah orang yang kikir. mereka hanya melakukan sesuatu, sekiranya diberikan sesuatu. oleh yang demikian, elakkanlah dari bersifat sedemikian.


****Sumber
Halaqah 
Almalakawi 

Sep 25, 2013

Part Time...

Assalamualaikum....
Siapa kat sini pernah buat part time? Penat kan.. Tapi seronok sb ramai kawan.. Cepat kumpul duit (target...target..).. Cepat masa berlalu... Cepat la.. Ape pun tak blh cs oiiiiii.. Ok! Stop! Sbnrnya nak citer pglmn cari part time..
6 september 2012
9am
Eh wallet cs yg sgt sgt la sgt bharga leave on office..what? Call hakim..
CS : 017... Tekan tekan x dpt.. Kring kring kring.. Hello...
Hakim : ye kak
CS : dompet akk tinggal kat drawer la.. Ko ade gi mana2 tak?
Hakim : sikit lg nak keluar
CS : nanti blh tlg htr kan x..
Hakim : ok kak
Actually.. Nak gi ambil sendiri tp mak kate call la office suruh sape2 htr kan.. CS cadang nak cari keje pg2 buta tp janji melayu biasa la kan.. Dok melayan kerenah Durani Auni ntah knp meragam je keje nya
11.00am
Oit dah lewat ni.. Cepat2 gi mandikan auni yg baru pas ehem.. Ayo... Pastu pas tgk tom tom bak tido...
12.30pm
Otw gi lrt.. Eh.. Dah lain suasana di lrt tp nmpk agak tdk tsusun.. Byk la ko cs.. Komplem je suka suki..
1.00pm
Target Sogo la ape lg sb senang turun terus jumpa sogo.. Jalan.. Usha.. Pastu gi customer servis..
CS : cik blh tanya ade tak vacancy utk part time
Cik : tak tau la.. Pegi tanya kat ofis (dgn muka kelat)
CS : ek eleh byk mkn carrot btl.. Tu br keje customer service sogo lom jd bos kat sogo.. Bahasa menunjukkan bangsa ok... (ckp dlm aty la.. Gile nak sound camtu)
Pastu cs bkn gi ofis tetibe perut myanyi lagu p.ramlee.. Ape lg mcd la sb long time no eat kan.. Perghh alhamdullillah syukur kentang beb pekena double cheese burger plus jus oren.

Ya Allah jadikanlah akhir hidupku Husnul Khotimah


doa nabi yusuf, kisah, cerita, nabi, zulaikha, tergoda, godaan, wanita

Arti Doa Nabi Yusuf di atas adalah:
Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika engkau hindarkan daripada tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang - orang yang bodoh (QS. Yusuf: 33)