Sometimes.. something.. at all times

Friends

Showing posts with label Do you know?. Show all posts
Showing posts with label Do you know?. Show all posts

Apr 13, 2012

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor
binatang dari neraka jahanam yang
bernama “Huraisy” berasal dari anak
kala jengking. Besarnya Huraisy ini
dari timur hingga ke barat. Panjangnya
pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : “Hai
Huraisy! Engkau hendak ke mana dan
siapa yang kau cari?”Huraisy pun
menjawab, “Aku mahu mencari lima
orang.


Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. 


Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. 


Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.


Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. 


Kelima, orang yang suka minum arak.”





Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang
berlainan :

Cahaya yang pertama seperti bintang-
bintang.

Cahaya yang kedua seperti cahaya
bulan.

Cahaya yang ketiga seperti cahaya
matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
Lalu dijawab :

“Cahaya yang pertama ialah cahaya
wajah-wajah manusia yang ketika di
dunia,

mereka akan meninggalkan pekerjaan
dan terus bersuci dan mengambil air
sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka
yang mengambil air sembahyang sebelum
azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya
mereka seperti matahari. Mereka di
dunia sudah bersiap sedia di dalam
masjid sebelum azan lagi.”







Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam

manusia bernafas sebanyak 4320 kali.



Dalam setiap kali bernafas Allah akan

tanya dua perkara semasa nafas keluar

dan masuk. Pertanyaan itu ialah, “Apa

perbuatan yang kita lakukan semasa

nafas itu keluar dan masuk ?