
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Orang baik jodohnya baik... terus mencari dan mencari yang terbaik untuk diri sendiri kerana terasa diri baik.. .. that's right tapi...
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah"
Apa hikmahnya di uji sekali sekala tu?
“Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya pasangan kita tidak baik… bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapatkan syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiyah.”
P/S :- CS tak reti nak typing blog panjang lebar... cukup lah coretan yang pendek, mudah & senang difahami... Ingatlah ape yang baik dari Allah S.W.T itu adalah yang terbaik untuk kita kerana tiada manusia yang sempurna kecuali Allah S.W.T :)
No comments:
Post a Comment