Sometimes.. something.. at all times

Friends

Mar 8, 2012

Kenapa?

Kenapa hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam 
tidak diterima-Nya? Bukankah semua agama itu sama? Bukankah Islam itu juga sama seperti 
agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan? 

Ustaz Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; 

” Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut. “Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang  disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

“Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam.

Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

No comments:

Post a Comment