Sometimes.. something.. at all times

Friends

Apr 29, 2012

Ada 7 golongan yang bakal dinaungi Allah

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang ketika itu tidak ada naungan kecuali naungan-Nya 


1. Pemimpin yang adil; 


2. Pemuda yang rajin beribadat kepada Allah; 


3. Orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid; 


4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, baik di waktu berkumpul mahu pun berpisah; 


5. Seorang lelaki yang diajak berbuat serong oleh wanita bangsawan yang cantik kemudian ia menolak dan berkata, ‘Saya takut kepada Allah’; 


6. Orang yang bersedekah dengan diam-diam; 


7. Orang yang senantiasa berdzikir (ingat) kepada Allah ketika sendirian kemudian mencucurkan air mata.”


(Bukhari – Muslim)

No comments:

Post a Comment