Sometimes.. something.. at all times

Friends

Apr 24, 2012

Imam Ahmad Menangis Apabila.....

Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka.


lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?".


lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu.


Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.





Jika Tuhanku bertanya padaku...
Tidak malukah kau bermaksiat pada-Ku?
Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-Ku 
dan datang pada-Ku dengan penuh dosa

Bagaimana aku nak jawab duhai diri ku yang malang?....
dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku?
Aku terus menyogok jiwaku dengan impian 
dan harapan dari semasa ke semasa

Dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati...
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
Seolah-olah aku ni telah dijamin untuk hidup selamanya..
seakan mati tidak akan menemuiku

Dan telah datang padaku sakaratul maut yang ngeri...
Nah! siapa sekarang yang mampu melindungiku?
aku melihat pada wajah-wajah...
apakah ada daripada mereka yang akan menebusku?

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia untuk
menyelamatkan diri ini?
Maka bagaimana akan ku jawab setelah aku
mengabaikan urusan agamaku?

Celakanya aku! Apakah aku tak mendengar
ayat-ayat Allah yang menyeruku?
Adakah aku tak dengar apa yang telah 
diberitakan didalam surah Qaaf dan Yaasin?

Adakah aku tak dengar tentang hari dikumpulkan manusia,
hari perhimpunan dan hari ad-deen (qiyamah)?
Adakah aku tak dengar panggilan ajal maut,
menyeru dan menjemput ku?

Maka Ya Rabb! seorang hamba datang bertaubat,
Siapa yang dapat melindunginya?
Melainkan Allah yang maha luas pengampunanNya
dan yang membimbingku pada kebenaran..

Aku telah datang pada Mu maka kasihanilah daku 
dan beratkan timbangan (kebaikan) ku...
Dan ringankan (percepatkan) hisabku kerana
Engkaulah yang terbaik dalam penghisaban..




No comments:

Post a Comment